Tuesday, 12 September 2017

WANITA, IBU, KANDUNGAN DAN ALAHAN...

 Tergerak hati nak bercerita, suatu waktu zaman dahulu ...houseman o+g HKL, beb kes apa? Hyperemesis Gravidarum.... Oh.... Teruk ke? Hak ah... kes nih for admission . Clerk in IVD set up ok done one case. Move to next patient....beb kes apa? PV bleeding... ouch... ko nak clerk ke? Banyak pula steps kena buat, lagi banyak kena harvest otak for diagnosis.
So nak diceritakan, bagi aku yang masa tu masih single, kes alahan mengandung atau kes hyperemesis gravidarum nih kes kacang je, patient tak sihat, ko masukkan ke wad, patient ok kau discharge.
Sehinggalah Allah nak tunjuk kat aku apa rasanya kes yang aku panggil kes kacang ni terkena kat batang hidung sendiri. Allahu ujian yang amat....
Anak pertama (namanya budak yang lahir nama Asyraf Firdaus).... 7 weeks dah ada simptom muntah dan loya. Rileks la beb orang pregnant semua rasa nak muntah dan loya. Masa aku clerk in case perkataan muntah dan loya are common words patient would describe... tapi tahukah apa perasaan kalau kau loya sepanjang saat, kecuali kau tidur dia hilang? Sure lah orang tidur tak rasa loya, pasal kalau tak, tak dinamakan tidur, namanya baring. Kau rasa setiap saat semua isi perut kau nak terkeluar. Nak bangun pening, baring pun pening. Ulang ke sinki jangan cakap semua isi perut keluar dalam satu hari lebih 20 kali. Semua makanan kau tengok menimbulkan rasa benci. Air yang penuh nikmat feveret ko pun rasa pahit semacam, dah la pahit tapi rasa hijau sehijau sekuning isi perut hempedu ayam. Itu baru part simptom loya dan muntah, belum part mental.
Masuk part mental, aku rasa semua orang better out of my way. Tak ada mood bercakap (pasal diri kau rasa duk dalam boat sepanjang detik), tak ada mood nak berjumpa orang, even suami sendiri better cepat keluar kerja dan tinggalkan aku sendiri kat rumah. Dan setiap pagi aku akan bangun dan bertanya bila semak dalam dada dan perut ni akan hilang. Eh kau kan doktor takkan tak boleh treat hyperemesis gravidarum? Dek kerana aku doktor yang psycho kena kuat, gagahkan diri juga pergi clinic, bekerja dan waktu yang sama branula sembunyi kat tangan. Akan tetapi saat minggu beta-HCG memuncak aku tewas juga terpaksa mc sampai berhari-hari. Sampai satu detik yang aku tak dapat tanggung aku duduk mengadap kiblat (walaupun hari-hari lain selepas solat walaupun terpaksa solat sambil duduk aku akan minta Allah mudahkan aku) aku doa jika ini ujian Allah aku terima. Aku penat melawan.
Kandungan ke dua (namanya budak yang lahir nama Anissa). First UPT positive dalam kepala otak aku terus datang oh no hyperem... dan bukannya ucapan kebesaran Alhamdulillah... begitulah traumanya word hyperemesis gravidarum kepada segelintir orang...masa Anissa lagi teruk sampai aku hilang cincin kahwin, sebab jari mengecil dengan hebatnya. So sampai hari ni aku tak ada ganti cincin tu sob sob...
Kandungan ketiga (namanya budak bernama Iman) terlebihsikit ujiannya, sebab masa tu aku kerja dua tempat, satu bermajikan, dan satu lagi baru buka clinic dengan sorang lagi partner. Dua-dua penuh dengan komitmen kerja sampai aku collapse and aku terpaksa surrender untuk admission ke hospital. Bila ada dua orang anak yang lain, dan kena jaga mental blues aku rasa aku dah macam dapat postnatal depression even belum postnatal... dan masa ni aku telan veloxin macam nak rak....sebab nak maintain kerja oh kerja....
So orang alahan ni kalau korang jumpa species macam ni jangan nak mengada-ngada cakap diorg mengada-ngada. Since aku sendiri fell ito the species, kalau patient datang clinic aku akan treat with full of TLC pasal ko dah merasa ini bukan kes kacang macam kepala otak doctor yang single.
Sampai suatu hari aku kat sebuah bank, ada sorang patient tegur, Dr As? Ingat saya tak yang alahan dulu? ......... Ha kesimpulannya kalau anda termasuk species di atas seperti saya, jangan melawan, layan ajer (walau sesukar manapun....... ) InshaAllah Allah beri kita ganjaran setiap ujian yang dibagiNya jika kita redha.... Allahu Ya Syifaa ... Kau permudahkanlah urusan kami semuanya dunia dan akhirat, Ameen....